Objektif

PERANAN TLDM

DI MASA AMAN

(1) menyediakan kenaikan di laut dalam gerak dekat untuk pasukan keselamatan
(2) menjalankan tugas-tugas operasi
(3) untuk menyekat kemasukan bot-bot nelayan secara haram di kawasan perairan Malaysia
(4) menyelidik dan menjalankan singkatan laut di kawasan Malaysia
(5) memberi bantuan terhadap anggota awam terutama sekali penduduk di pulau-pulau seperti perubatan,keselamatan,makanan dan lain-lain lagi
(6) mengawal perairan daripada serangan lanun

DI MASA DARURAT

(1) mencegah kemasukan senjata-senjata haram yang dibawa dari luar negeri
(2) mencegah anasir-anasir subversif
(3) membuat pertahanan dan serangan yang datang dari laut
(4) menentukan supaya peraturan pecahan dan undang-undang laut berjalan dengan baik dari segi :-

(I) mencegah kemasukan bot-bot penyeludupan
(II) mencegah kemasukan warganegara asing dari masuk secara haram
(III) menjaga keselamatan perahu-perahu nelayan
(IV) menjalankan awasan di laut semasa perintah kawasan hitam diisytiharkan di negara ini

(5) mengadakan kenaikan untuk pasukan keselamatan bagi menjalankan operasi di pulau-pulau dan di selat untuk mendapatkan gerakan yang lebih dekat
(6) memberi bantuan semasa kapal penyerang sedang membuat serangan
terhadap sesuatu kawasan
(7) membuat latihan untuk menambah pengecaman kepada semua bahagian

Dalam masa peperangan atau peperangan terhad (Limited War)

(1) tugas-tugas menangkis periuk api
(2) rondaan mencegah penyerapan
(3) memberi perlindungan kepada kapal dagang
(4) memberi bantuan bedilan dari laut untuk pasukan di darat
(5) gerakan melawan musuh dari atas air dan juga bawah air
(6) mempunyai kebolehan terhad menjatuhkan periuk api di perairan musuh
(7) menjalankan serangan mengejut terhadap pantai musuh
(8) melakukan kerja-kerja sabotaj di bawah air