Perkhemahan Peringkat Kebangsaan PKBM(L) Zon Timur dan Selatan

Pada 25-30 Jun 2011, PKBM(L) SMK Tun Syed Nasir Ismail telah menghantar seramai 16 anggota kadet dan seorang guru pengiring bagi menyertai perkhemahan yg diadakan di Kem Tango, Tg.Gosong, Pekan Pahang. Sebanyak 6 buah sekolah iaitu SMK Tun Syed Nasir Ismail, SMK Gelang Patah, SMK Dato' Abdul Rahman Yassin, SMK Tg.Pengelih, Makta Sultan Abu Bakar dan SM Sains Kota Tinggi telah mewakili Johor (Zon Selatan) dalam perkhemahan tersebut. Jumlah kesemua peserta dari yg mewakili Johor adalah seramai 99 anggota dan telah dipecahkan menjadi 3 buah platun. Platun Zon Selatan 1 telah diketuai oleh Bintara Kanan Mohd Suhaimi Mohd Daud dari SMK Dato' Abdul Rahman Yassin, Platun Zon Selatan 2 telah diketuai oleh Bintara Kanan Aimuni Aqilah Bt. Zailan dari SMK Tun Syed Nasir Ismail dan Platun Zon Selatan 3 telah diketuai oleh Bintara Kanan Mohd Daud dari SMK Tg. Pengelih. Perkhemahan yg telah dijalankan selama 6 hari ini dipenuhi dengan pelbagai akitiviti antaranya ialah Explorace, merempuh halangan, jalan lasak, mempelajari tiupan bostwain call dan tali menali serta water confident dan berkayak.

Pertandingan kawad kaki, tiupan bostwain call, merempuh halangan, tali menali juga telah dipertandingkan bagi menilai platun dan zon terbaik pada perkhemahan itu. Berikut adalah keputusan pertandingan yg telah dijalankan :-
-Pertandingan kawad kaki -Naib Johan(Zon Selatan 2)
-Merempuh halangan -Naib Johan(Zon Selatan 2)
-Tiupan Bostwain Call -Johan(Zon Selatan 1 dan Zon Selatan 2)
                                   -Naib Johan(Zon Selatan 3)
-Tali menali -Johan(Zon Selatan 3)
                   -Tempat ketiga(Zon Selatan 1)
Selain itu, bagi anugerah Ketua Platun terbaeik, Naib Johan telah disandang oleh Bintara Kanan Aimuni Aqilah Bt. Zailan dari SMK Tun Syed Nasir Ismail manakala bagi anugerah Kadet Lelaki terbaik keseluruhan telah disandang oleh Bintara kanan Mohd Suhaimi Mohd Daud dari SMK Dato' Abdul Rahman Yassin, kedua-duanya mewakili Johor. Dengan ini, telah 4 tahun berturut-turut Zon Selatan telah menjadi Johan keseluruhan (Zon terbaik) dalam perkhemahan peringkat kebangsaan yg dijalankan.

                                           Wakil SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor ..
                                            Johor mengaut kesemua hadiah mereka ..
 Naib Johan Anugerah Ketua Platun Terbaik dan Anugerah Kadet Lelaki Terbaik Keseluruhan Perkhemahan
                                                        Wakil dari Johor ( Zon Selatan )
                                        Johan Keseluruhan Perkhemahan Peringkat Kebangsaan
                                                                      Zon Terbaik
*gambar aktiviti sepanjang perkhemahan tidak dimasukkan semua. harap maklum.
-Bintara Kanan Aimuni Aqlah Bt. Zalan.

No comments:

Post a Comment